Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Portal Rasmi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,
Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan
 
 
 
Siaran Media: Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas
Tarikh : 19 Feb 2020
 

 

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI,

TERMINAL PERINDUSTRIAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN (MINTRED)

 SARAWAK

 

SIARAN MEDIA

 

SHOWCASE USAHAWAN SARAWAK @ LAWAS

 

 

Kuching, 17 Februari 2020: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) akan menganjurkan Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas pada 21 hingga 23 Februari di Taman Awam Lawas, Limbang bermula jam 8 pagi hingga 10 malam yang akan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu, 22 Februari 2020 di Lawas Kitchen.  Program ini akan disertai oleh 40 usahawan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang dijangka akan menarik seramai 5,000 pengunjung.  

 

Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sarawak ke arah memperkasa usahawan tempatan dan berfungsi sebagai platform untuk para usahawan memperkenal, mempromosi dan memartabatkan produk serta perkhidmatan usahawan setempat. Pada masa yang sama membantu meningkatkan pendapatan usahawan-usahawan terlibat.

 

Pelbagai program dan aktiviti menarik menanti pengunjung Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas. Antaranya adalah jualan makanan dan minuman di Lawas Kitchen, jualan produk-produk usahawan tempatan dan pameran pembangunan di booth usahawan PKS bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Lawas.

 

Dalam masa yang sama sebanyak 18 buah jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam pameran pembangunan tersebut seperti:

 

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak;
  2. Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak;
  3. Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Ketua Menteri Sarawak;
  4. Pejabat Residen Bahagian Limbang dan Pejabat Daerah Lawas;
  5. Jabatan Kerja Raya Sarawak;
  6. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak;
  7. Jabatan Pertanian Sarawak;
  8. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak;
  9. Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak;
  10. Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak;
  11. Jabatan Vaterinar Sarawak;
  12. Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak;
  13. Majlis Daerah Lawas;
  14. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC);
  15. Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Sarawak;
  16. Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) Sarawak;
  17. Centre of Technical Excellence (CENTEXS); dan
  18. Sarawak Pay

 

Pengunjung juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti pertandingan video YouTube, beyblade, karaoke terbuka, karaoke kanak-kanak, busking, Ratu Kebaya Nyonya dan banyak lagi.

 

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini terutamanya warga Lawas, Limbang dan kawasan sekitar. Badudun kitani @ Jom datang beramai-ramai.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak:

 

 

  1. Encik Awang Putrayusrie Awang Redzuan         : 013-551 5465
  2. Encik Kamaludin Haji Busrah                           : 017-778 1472
  3. Puan Sabrina Sihas                                        : 019-453 3835
  4. Cik Mas Sila Hassim                                        : 019-980 1732

 

 

-TAMAT-