Berita

Lima anugerah membuktikan MINTRED komited dalam perkhidmatan
Tarikh : 16 Dec 2019  Sumber Berita: The Borneo Post / Utusan Borneo
 

Lima anugerah membuktikan MINTRED komited dalam perkhidmatan

  • 2019-12-13T16:22:47+08:00
Awang Tengah, Liaw dan Malcolm bersama kakitangan MINTRED menunjukkan lima anugerah diterima sepanjang 2019.
Awang Tengah, Liaw dan Malcolm bersama kakitangan MINTRED menunjukkan lima anugerah diterima sepanjang 2019.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak menerima lima anugerah pada tahun ini.

Anugerah tersebut ialah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri (Emas); Indeks Akauntabiliti (Penarafan Lima Bintang); Pemeriksaan Perbendaharaan (Penarafan Lima Bintang); Skorkad Pengurusan (Skor 100 peratus); dan Laman Web MINTRED (Penarafan Lima Bintang).

Setiausaha Tetap MINTRED Datu Liaw Soon Eng berkata pencapaian cemerlang ini adalah hasil tenaga kerja kementerian yang komited dan kerjasama berpasukan ke arah menambahbaik mutu perkhidmatan.

"Kejayaan MINTRED juga diraih hasil bimbingan dan kepimpinan menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan dua menteri muda, Datuk Mohd Naroden Majais dan Datuk Malcom Mussen Lamoh.

"Tanpa sokongan dan kepercayaan motivasi daripada Datuk Amar Awang Tengah, MINTRED tidak dapat mencapai begitu banyak kecemerlangan dalam tempoh yang singkat. 

"Menteri sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk melakukan yang terbaik," katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Beliau berharap gar kementerian itu akan terus mengekalkan prestasi cemerlang di dalam pengurusan organisasi dan kewangan dalam mencerminkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi kepada rakyat dan pihak berkepentingan secara keseluruhan.