Siaran Media: Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas |
Tarikh : 19 Feb 2020 |
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI, TERMINAL PERINDUSTRIAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN (MINTRED) SARAWAK
SIARAN MEDIA
SHOWCASE USAHAWAN SARAWAK @ LAWAS
Kuching, 17 Februari 2020: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) akan menganjurkan Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas pada 21 hingga 23 Februari di Taman Awam Lawas, Limbang bermula jam 8 pagi hingga 10 malam yang akan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu, 22 Februari 2020 di Lawas Kitchen. Program ini akan disertai oleh 40 usahawan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang dijangka akan menarik seramai 5,000 pengunjung.
Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sarawak ke arah memperkasa usahawan tempatan dan berfungsi sebagai platform untuk para usahawan memperkenal, mempromosi dan memartabatkan produk serta perkhidmatan usahawan setempat. Pada masa yang sama membantu meningkatkan pendapatan usahawan-usahawan terlibat.
Pelbagai program dan aktiviti menarik menanti pengunjung Program Showcase Usahawan Sarawak @ Lawas. Antaranya adalah jualan makanan dan minuman di Lawas Kitchen, jualan produk-produk usahawan tempatan dan pameran pembangunan di booth usahawan PKS bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Lawas.
Dalam masa yang sama sebanyak 18 buah jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam pameran pembangunan tersebut seperti:
Pengunjung juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti pertandingan video YouTube, beyblade, karaoke terbuka, karaoke kanak-kanak, busking, Ratu Kebaya Nyonya dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini terutamanya warga Lawas, Limbang dan kawasan sekitar. Badudun kitani @ Jom datang beramai-ramai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak:
-TAMAT- |