Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Portal Rasmi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,
Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan
 
 
 
SKIM KREDIT MIKRO SARAWAK
Tarikh : 31 Mar 2020  Sumber Berita: Sidang Media 31 Mac 2020
 

Assalamualaikum W.B.TSalam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.

 

1. Pertama kali, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ke Sidang Media mengenai Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) atau Sarawak Micro Credit Scheme

 

2. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah tulang belakang atau pemacu utama kepada pembangunan ekonomi Negara dan Negeri dimana 98% daripada perusahaan di Negera termasuk di Sarawak adalah terdiri dari PKS. Dalam masa yang sama, PKS juga menyumbang secara signifikan kepada keperluan tenaga kerja. Mengambil kira situasi yang kita hadapi sekarang, YAB Ketua Menteri pada 20 Mac 2020 lepas telah mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Salah satu dalam pakej tersebut adalah penambahan peruntukan sebanyak RM 20 juta untuk melaksanakan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) bagi membantu meringankan beban PKS di Negeri ini.

 

3. Sarawak Micro Credit Scheme (SMCS) is an initiative by Sarawak Government to assist small businesses with minimum documentation. Itis a scheme to provide financial assistance in the form of soft loans to B40 group, micro and small business owners who have limited access to traditional sources of capital, like banks and other financial institutions. 

 

4. Objektif utama skim kredit mikro ini adalah untuk menyediakan kemudahan pinjaman atau pembiayaan mudah kepada usahawan-usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

5. KerajaanSarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan skim ini.Namunatas keprihatinan Kerajaan Sarawak untuk meringankan beban dan memudahkan usahawan yang terkesan daripada situasi yang dihadapi sekarang, YAB Ketua Menteri Sarawak telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) ini. 

 

6. SKMS ini terbahagi kepada dua (2) skim iaitu SKMS I dan SKMS II. Dibawah SKMS 1, ianya menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM1,000-RM10,000 dengan tanpa kadar faedah/ kadar keuntungan kepada usahawan B40. Manakala SKMS II pula akan menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM5,000-RM50,000 dengan kadar faedah atau kadar keuntungan sebanyak 4% berdasarkan baki bulanan berkurangan (which more or less equivalent to 2% effective rate)kepada usahawan mikro dan kecil.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

7. Sebagai langkah untuk meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan Sarawak akan membenarkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan (dari April hingga September) untuk peminjam-peminjam skim ini. 

 

8. Pada masa yang sama, YAB Ketua Menteri Sarawak juga telah mengumumkan penangguhan pembayaran balik selama 6 bulan bagi peminjam Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS). Ianya akan memberi manfaat kepada seramai 144 peminjam SPIKS.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

 

9. Program ini akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank.Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang kementerian saya, SEDC dan Agrobank atau boleh menghubungi agensi-agensi tersebut. 

 

10. Saya berharap usahawan-usahawan tempatan akan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak ini.

 

Sekian, Terima kasih.

 



Pautan Borang:


BORANG PERMOHONAN SKIM KREDIT MIKRO SARAWAK