Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 
The Official Website of
Ministry of International Trade & Industry,
Industrial Terminal & Entrepreneur Development Sarawak
 
Datuk Amar Awang Tengah Lakukan Lawatan Kerja Sehari Tinjau Projek-Projek Di DUN Gedong
Posted on : 08 Aug 2020  Source of News: EDISI UKAS
 
Datuk Amar Awang Tengah Lakukan Lawatan Kerja Sehari Tinjau Projek-Projek Di DUN Gedong
SIMUNJAN: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini melakukan lawatan ke Gedong bagi melihat perkembangan projek-projek di konstituensi berkenaan.
Bercakap dalam sidang media, Datuk Amar Awang Tengah memberitahu, Projek Anjung Usahawan bakal dilaksanakan dengan kos RM5 juta dan tender akan dikeluarkan pada Ogos ini.
Jelas beliau, pelbagai kemudahan akan disediakan antaranya untuk memproses makanan, latihan, bengkel dan lain-lain di mana tapak anjung ini telah dikenalpasti.
"Projek Kompleks Sukan yang menelan belanja sebanyak RM15 juta yang menyediakan kolam renang, trek larian, padang bola dan gelanggang futsal juga dijangka dibuka tender dalam November 2020.
"Projek Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong yang melibatkan dua buah jambatan di mana ia masih di dalam peringkat reka bentuk turut akan dipercepatkan selewat-lewatnya pada Oktober 2020 untuk dibuka tender," katanya.
Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah memberitahu,  projek Rumah Rehat Gedong pula masih dalam pembinaan dengan kos lebih RM2 juta.
Bagaimanapun katanya, projek Benteng Hakisan Kampung Gedong iaitu sepanjang 500 meter telah siap sepenuhnya melibatkan kos sebanyak RM7.4 juta
"Fasa kedua sedang dalam perlaksanaan menelan belanja lebih kurang RM15 juta dan fasa ketiga menelan belanja RM26 juta juga akan dilaksanakan pada September 2020," ujarnya.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak yang juga ADUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais serta tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS