Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 
 
The Official Website of
Ministry of International Trade & Industry,
Industrial Terminal & Entrepreneur Development Sarawak
 
 
 
Kerajaan Sarawak Sediakan Pelbagai Inisiatif Galak Lepasan IPT Sertai Program Keusahawanan
Posted on : 19 Aug 2020  Source of News: EDISI UKAS
 

Kerajaan Sarawak Sediakan Pelbagai Inisiatif Galak Lepasan IPT Sertai Program Keusahawanan

KUCHING: Golongan belia di Sarawak disaran mengambil bahagian dalam pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan yang dianjurkan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, Kerajaan Sarawak melaksanakan inisiatif tersebut bagi mengalakkan lebih ramai golongan muda termasuk mereka yang bergelar graduan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Menerusi program keusahawanan ini, para graduan universiti dan mereka yang memiliki sijil teknikal dan vokasional boleh mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk geran sehingga maksimum RM20,000 serta bantuan membeli peralatan mesin yang diperlukan seperti komputer dan sebagainya,” katanya dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kepada Peserta Program USTEV, GERAK dan SPIKS yang berlangsung di Menara SEDC, Kuching Isthmus pada Isnin.

Antara program yang telah disediakan termasuk Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Graduan Kearah Keusahawanan (GERAK) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana Sarawak (SPIKS).

Tambah Datuk Mohd Naroden lagi, usahawan yang terlibat dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dipelawa memohon bantuan melalui Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana Sarawak (SPIKS) yang menawarkan jumlah pinjaman maksimum sehingga RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus berlandaskan konsep baki menyusut atau “reducing balance”.

Sementara itu, Pengurus Besar SEDC Haji Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir dalam ucapan aluan beliau berkata lebih ramai usahawan tempatan dijangka akan mengambil bahagian dalam program keusahawan dan skim pinjaman yang sedia ada.

“Sehingga 30 Jun tahun ini seramai 106 orang usahawan muda dibawah program USTEV telah mendapat faedah dengan nilai bantuan yang telah diberikan iaitu sejumlah RM1,740,412.00 manakala dalam tempoh yang sama, seramai 76 orang telah pun mendapat faedah dari program GERAK dengan nilai bantuan yang diberikan iaitu sejumlah RM1,402,454.00,

“Bagi skim pinjaman SPIKS, Haji Abdul Hadi berkata sehingga 31 Julai tahun ini seramai 260 orang usahawan tempatan telah mendapat faedah dengan nilai bantuan yang diterima berjumlah RM19,638,540.00,” katanya. -Edisi UKAS

Image may contain: one or more people, people standing, tree and outdoor, text that says 'SARAWAK ECONOMIC DEVELOPMENT CORPORATION'