News

Karnival Bumi Kenyalang 2022 Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)
Posted on : 28 Aug 2022  Source of News: MINTRED
 


Program:
Karnival Bumi Kenyalang 2022 Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)
Tarikh / Hari:
27 Ogos 2022 (Sabtu)
Tempat:
AEON Mall, Shah Alam, Selangor
Butiran:
Yang Berbahagia Datuk Haji Mohamad Naroden Haji Majais, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak bersama Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Encik Dzulkornain Masron hari ini telah berkunjung di AEON Mall, Shah Alam, Selangor bagi menyempurnakan simbolik pelancaran program Karnival Bumi Kenyalang 2022 sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). 
Program ini merupakan inisiatif oleh AEON Co. (M) Bhd. dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang turut disertai Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Simbolik pelancaran dilakukan dengan memukul gong dan diserikan dengan persembahan tarian etnik Sarawak. 
Para jemputan juga dibawa melawat bagi melihat gerai jualan dan pameran para usahawan yang mengambil bahagian.
Karnival yang berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2022 ini melibatkan seramai 33 usahawan kecil dan sederhana Sarawak.
Program ini turut menyasarkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM150 ribu dalam tempoh karnival ini berlangsung.
Objektif program Karnival Bumi Kenyalang adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara melalui pemulihan semula sektor ekonomi terutamanya sub-sektor peruncitan setelah berdepan dan terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Antara produk jualan yang boleh diperolehi dalam karnival ini adalah seperti produk berasaskan makanan dan minuman seperti ais krim gula apong, mee kolok, laksa Sarawak, lada hitam Sarawak dan sebagainya. Manakala produk berasaskan kraftangan dan tekstil seperti tikar anyaman, barangan manik dan perhiasan. Selain itu produk berasaskan kecantikan dan kesihatan termasuk perkhidmatan turut boleh didapati dalam karnival kali ini.
Sepanjang program ini berlangsung, para pengunjung juga disajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan buskers, pertunjukan fesyen, kuiz, pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. 
Sehubungan itu, semua penduduk dan para usahawan sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang dialu-alukan untuk berkunjung dalam program ini bagi meriahkan lagi suasana dan mendapatkan barangan serta perkhidmatan yang disediakan.
Turut hadir dalam kunjungan ini Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamad, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat AEON Co. (M) Bhd.; Encik Haji Abdul Razak Abdul Rahim, wakil SEDC; Encik Shahran Arshad, Ketua Seksyen (Operasi) KPDNHEP; dan Puan Siti Rohani Omar, Ketua Seksyen KPDNHEP.

Karnival Bumi Kenyalang 2022 Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)


Tarikh / Hari:

27 Ogos 2022 (Sabtu)


Tempat:

AEON Mall, Shah Alam, Selangor

 

 

Yang Berbahagia Datuk Haji Mohamad Naroden Haji Majais, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak bersama Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Encik Dzulkornain Masron hari ini telah berkunjung di AEON Mall, Shah Alam, Selangor bagi menyempurnakan simbolik pelancaran program Karnival Bumi Kenyalang 2022 sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). 


Program ini merupakan inisiatif oleh AEON Co. (M) Bhd. dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang turut disertai Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).


Simbolik pelancaran dilakukan dengan memukul gong dan diserikan dengan persembahan tarian etnik Sarawak. Para jemputan juga dibawa melawat bagi melihat gerai jualan dan pameran para usahawan yang mengambil bahagian.


Karnival yang berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2022 ini melibatkan seramai 33 usahawan kecil dan sederhana Sarawak. Program ini turut menyasarkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM150 ribu dalam tempoh karnival ini berlangsung.


Objektif program Karnival Bumi Kenyalang adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara melalui pemulihan semula sektor ekonomi terutamanya sub-sektor peruncitan setelah berdepan dan terkesan dengan penularan wabak Covid-19.


Antara produk jualan yang boleh diperolehi dalam karnival ini adalah seperti produk berasaskan makanan dan minuman seperti ais krim gula apong, mee kolok, laksa Sarawak, lada hitam Sarawak dan sebagainya. Manakala produk berasaskan kraftangan dan tekstil seperti tikar anyaman, barangan manik dan perhiasan. Selain itu produk berasaskan kecantikan dan kesihatan termasuk perkhidmatan turut boleh didapati dalam karnival kali ini. Sepanjang program ini berlangsung, para pengunjung juga disajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan buskers, pertunjukan fesyen, kuiz, pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.


Sehubungan itu, semua penduduk dan para usahawan sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang dialu-alukan untuk berkunjung dalam program ini bagi meriahkan lagi suasana dan mendapatkan barangan serta perkhidmatan yang disediakan.


Turut hadir dalam kunjungan ini Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamad, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat AEON Co. (M) Bhd.; Encik Haji Abdul Razak Abdul Rahim, wakil SEDC; Encik Shahran Arshad, Ketua Seksyen (Operasi) KPDNHEP; dan Puan Siti Rohani Omar, Ketua Seksyen KPDNHEP.

-MINTRED Sarawak-