Slogan EKSA MINTRED
Kemas ● Bersih ● Ceria
Pengenalan
EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif kepada sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:
- Imej Korporat
- Kreativiti dan Inovasi
- Amalan Hijau
- Persekitaran Kondusif
- Kepelbagaian Agensi
Polisi EKSA MINTRED
Kementerian ini komited dalam melaksanakan amalan persekitaran kerja yang berkualiti melalui EKSA untuk mewujudkan:
i. Persekitaran kerja yang selamat
ii. Pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang produkti, efektif dan Berkualiti
Visi EKSA MINTRED
Persekitaran kerja yang kondusif dan selamat
Misi EKSA MINTRED
Menyemarakkan budaya kerja yang kemas, bersih dan berkualiti
Objektif EKSA MINTRED
- Menggalakan budaya kerja cemerlang melalui displin diri
- Mempamerkan imej perkhidmatan yang professional dipacu oleh nilai-nilai bersama iaitu sikap kesegeran, sense of ownership dan berorentasikan hasil
- Amalan SEISO(Sapu) diambil serius oleh semua warga kerja dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan penyelanggaran peralatan/kelengkapan pejabat yang cemerlang
- Membudayakan SHITSUKE(Seragam) atau penambahbaikan secara berterusan melalui kreativiti dan inovasi
- Menggalakkan semangat kerja berpasukan dan sikap prihatin di tempat kerja
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis Pelancaran EKSA
Tarikh : 26 Ogos 2020
Masa : 3.00 petang
Tempat : Tingkat 12, Wisma Sumber Alam, Kuching
Perasmian : YBhg. Datu Liaw Soon Eng
Setiausaha Tetap, MINTRED Sarawak
|
|
|
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kempen Amalan Hijau
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti EKSA MINTRED setiap Jumaat