Pelaksanaan EKSA di MINTRED

Pengenalan

EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif kepada sektor awam.


Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:

  • Imej Korporat 
  • Kreativiti dan Inovasi
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif
  • Kepelbagaian Agensi

 

Polisi EKSA MINTRED


Kementerian ini komited dalam melaksanakan amalan persekitaran kerja yang berkualiti melalui EKSA untuk mewujudkan:

i.   Persekitaran kerja yang selamat

ii. Pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang produkti, efektif dan Berkualiti


Visi EKSA MINTRED


Persekitaran kerja yang kondusif dan selamat


Misi EKSA MINTRED


Menyemarakkan budaya kerja yang kemas, bersih dan berkualiti


Objektif EKSA MINTRED


  • Menggalakan budaya kerja cemerlang melalui displin diri
  • Mempamerkan imej perkhidmatan yang professional dipacu oleh nilai-nilai bersama iaitu sikap kesegeran, sense of ownership dan berorentasikan hasil
  • Amalan SEISO(Sapu) diambil serius oleh semua warga kerja dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan penyelanggaran peralatan/kelengkapan pejabat yang cemerlang
  • Membudayakan SHITSUKE(Seragam) atau penambahbaikan secara berterusan  melalui kreativiti dan inovasi
  • Menggalakkan semangat kerja berpasukan dan sikap prihatin di tempat kerja

 

 

Logo EKSA MINTRED

 

 

 

 

 

Slogan EKSA MINTRED


Kemas   ●   Bersih   ●    Ceria




Majlis Pelancaran EKSA

Tarikh       : 26 Ogos 2020

Masa        : 3.00 petang

Tempat     : Tingkat 12, Wisma Sumber Alam, Kuching

Perasmian :  YBhg. Datu Liaw Soon Eng

                   Setiausaha Tetap, MINTRED Sarawak