News

 

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SARAWAK ENTREPRENEUR DEVELOPMENT COORDINATION COMMITTEE (SEDCC) BILANGAN 1 TAHUN 2024

Posted on 21 Oct 2024
Source of News: Siaran Media MINTRED


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGA, INDUSTRI DAN PELABURAN SARAWAK (MINTRED)

SIARAN MEDIA

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SARAWAK ENTREPRENEUR DEVELOPMENT COORDINATION COMMITTEE (SEDCC) BILANGAN 1 TAHUN 2024

21 OKTOBER 2024
 
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sarawak Enterepreneur Development Coordination Committee (SEDCC) merupakan mesyuarat yang pertama bagi tahun 2024 untuk menyelaras maklumat program pembangunan usahawan di Sarawak. Jawatankuasa ini bertujuan untuk meneliti serta menentukan dasar pembangunan dan mengkordinasi perancangan serta pelaksanaan program dan projek keusahawanan di Sarawak.
 
SEDCC terdiri lebih daripada 80 anggota yang diwakili 45 agensi Kerajaan Persekutuan dan 38 agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam pelaksanaan program pembangunan usahawan di Sarawak dan MINTRED bertindak sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Induk SEDCC.

Pada tahun lepas, SEDCC telah meluluskan cadangan pembangunan sistem pangkalan data usahawan Sarawak atau lebih dikenali sebagai ENBASE. Melalui mesyuarat hari ini, pelancaran ENBASE tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Premier, Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan Sarawak. 

Menurut Timbalan Premier Sarawak, ENBASE berfungsi sebagai one-stop platform yang berupaya untuk menjana analisis dan laporan untuk Kerajaan Sarawak membuat perancangan dan penelitian holistik berdasarkan kepeluan sebenar ekosistem keusahawanan di Sarawak.
 
Beliau menambah, menerusi ENBASE Kerajaan Sarawak juga akan dapat memastikan specialised programs seperti bantuan kewangan, pembangunan kapasiti dan promosi produk sampai kepada golongan sasar yang tepat, termasuklah golongan luar bandar.
 
Selain itu, beliau turut menekankan usahawan Sarawak untuk mengadaptasi best practices dan teknologi terkini termasuk prinsip ESG bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing perniagaan masing-masing agar lebih kompetitif.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kerana telah meluluskan RM1,995,000 bagi Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) bagi Fasa 1 di Sarawak Tahun 2024. Fasa 1 melibatkan 13 Lokasi Tamu Desa di seluruh Sarawak di bawah pelaksanaan 10 PBT. Buat masa ini, 2 Projek Tamu Desa telah siap sepenuhnya manakala, 11 projek lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan. Projek Tamu Desa ini diselaraskan oleh MINTRED dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG).
 
Tambah beliau lagi, bagi Fasa 2, Kementerian Kewangan (MOF) melalui KUSKOP telah memberi kelulusan untuk meneruskan Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Fasa 2 di Sabah dan Sarawak Tahun 2024 melalui peruntukan secara one-off sebanyak RM10 juta. Bagi Fasa 2, MINTRED dan MPHLG masih dalam proses mengenalpasti kesesuaian lokasi-lokasi Projek Tamu Desa.
 
Turut hadir YB Datuk Dr Malcom Musen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, YB Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Encik Dzulkornain bin Masron, Setiausaha Tetap MINTRED, Dato Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri & Pelaburan (MINTRED), Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, dan wakil-wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
 


TAMAT

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA, INDUSTRI DAN PELABURAN SARAWAK (MINTRED)
 
Tingkat 2, 12, 13 dan 14 Wisma Sumber Alam
Jalan Stadium, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-495777 Faks: 082-495780