News

 

Sarawak Komited Membangun PKS untuk Ekonomi Mampan dan Global

Posted on 26 Nov 2024
Source of News: Bilik Berita Catsfm


Kuching, 26 November: Kerajaan Sarawak, melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), kekal komited untuk terus menyokong pembangunan usahawan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri MINTRED, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk mengembangkan golongan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKS) bagi memastikan ekonomi yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif.

Sehubungan itu, pelbagai program telah dilaksanakan dan bantuan disediakan kepada golongan usahawan, termasuk program latihan dan promosi produk.

Menurut beliau, Sejak 2021, MINTRED telah meluluskan sebanyak RM193 juta untuk 8,900 usahawan melalui bantuan kewangan, dan lebih 30,000 usahawan dibantu dalam program pembangunan kapasiti serta promosi produk.

Menerusi program dan bantuan yang dilaksanakan, beliau yakin Sarawak dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengurusan koperasi, seterusnya meningkatkan mutu dan kebolehcapaian produk serta perkhidmatan ke peringkat global.

Beliau berkata demikian menerusi ucapannya yang dibacakan oleh Penasihat PKS MINTRED, Dato Sri Mohd Naroden Majais, di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm